Friday, December 9, 2011

Rosemary grilled chicken

Salam buat semua.  Mula-mula sekali nak ucapkan terima kasih kepada mamasya yang telah berkongsi resepi ayam panggang yang amat mabeles ini. Resepi ini pemilik asalnya potret kasih@blogwana. Sebaik saja bundo jenguk rupa dan resepi dari dapur mamasya, terus bundo jatuh cinta sehingga tidak menahan-nahan lagi bundo nak membuatnya.

Bundo pilih ayam yang agak kecil dan masak 3 ekor. My goodness.. tiga ekor? Pertama sebab ayam tu kecil.  Kedua sebab keluarga bundo besar.  Kalau buat 1 ekor memang gerenti ramai yang jilat tulang je.
Resepinya bundo paste saja dari dapur mamasya.  Minta izin ye mamasya bundo nak kongsi di sini.



bahan
1 ekor ayam - guna peha ayam pun boleh
5-6 ulas bawang putih
1 sudu besar daun rosemary kering
1 inci halia
1 sudu besar lada hitam
1 sudu makan jintan kasar (bundo ganti dengan rempah allspice)
2-3 sudu besar gula perang
2 sudu kecil garam
sedikit perasa - guna kiub ayam dihancurkan (bundo guna serbuk pati ayam knorr)
2 sudu besar jus limau- guna limau nipis (bundo guna lemon)
3 sudu besar olive oil ( minyak zaitun)
5 biji kentang
2 biji tomato
6 biji baby carot-guna karot biasa dibelah pun boleh
sedikit mentega - utk sapu atas ayam




 Cara penyediaan

1. Ayam di potong 4 atau dibiar tidak di potong kemudian dibersihkan. Ketepikan dulu. Tumbuk halia hingga lumat kemudian perah jus halia pada ayam. Gaul rata.
2. Panaskan minyak zaitun. Goreng bawang putih hingga kekuningan. Angkat dan ketepikan dulu.
3. Tumbuk daun rosemary kering hingga lumat kemudian masukkan lada hitam, jintan kasar, tumbuk kasar.
4. Masukkan bawang putih yang telah di goreng tadi kedalam lesung dan tumbuk bersama rempah.
5. Masukkan lebihan minyak zaitun ( masa menggoreng bawang putih ) tadi, gula perang, garam, serbuk perasa, dan jus limau ke dalam rempah yang telah di tumbuk tadi. Gaul rata. Sesuaikan rasa rempah ikut citarasa anda.
6. Gaulkan rempah tumbuk bersama ayam. Masukkan ayam dalam bag berzip perap dalam petisejuk beberapa jam. (Bundo masukkan dalam bessen dan tutup dengan foil)
7. Kentang di kopek dan di rebus 3/4 masak . Ketepikan. Lebihan rempah ayam tadi boleh di lumur pada kentang.
8. Susun ayam, kentang, buah tomato, baby karot di dalam tray pembakar. Sapukan sedikit butter pada ayam dan sayur-sayuran dan bakar dalam ketuhar 180- 200 darjah celcius selama 1 jam.- bakar sampai masak guna api atas bawah...




Bila ayam itu dipanggang, ia akan mengeluarkan banyak air.  Jangan dibuang.  Bundo gunakan air ayam yang penuh dengan rempah ratus itu sebagai sosnya. Masukkan air ayam di dalam periuk dan tambah dengan satu atau dua sudu besar tepung jagung.  Masak sehingga kuah pekat.

Ayam panggang ni memang sedap.  Daging bahagian dadanya sangat lembut.  Selalunya bahagian ini tak laku kerana orang yang dalam rumah ni tak berapa suka makan bahagian yang berdaging.  Tapi oleh sebab lembut, bahagian yang ini pun licin kena makan.


Sekian.

11 comments:

Gee® said...

oh ayam panggang... terliornyaaaa....

ady said...

as-salam ibundo
nyummy...sedap nyer nmpk Rosemary grilled chicken ni..

CT Delima said...

As'salam Ibundo

Wallahhhh... memang sedap dah ni. Dah lama tak membakar ayam ni bundo. resipi ni lain sikit dari yang selalu ct buat. mesti sangat harum masa bakar ayam ni, tambah2 kalau dibakar atas bara api kan. mintak amik resipi bundo, nak buat juga untuk tetamu yang nak datang esok kerumah. lawan ngan nasi kuning atau nasi ayam pun jalan juga ni kan :)

Puan Ros @ Sinaranmenu.blogspot said...

bundo buat kita tak sabar nak tunggu krismas dan berdaung kerumah sisinlaw for the celebration dan makan2.Nampak sedap la.

Chik Mimi said...

wah sangat menarik la kak pah

Liza said...

salam kak pah....dok telan ayaq liuq tgk ayam dok posing tu...mengancam tol....hihihi

Amie said...

Assalam ibundo,
uwaaaa..... tak boleh jadi ni, mesti nak cuba juga, bahannya pun mudah untuk disediakan, cuma kena cari masa yang sesuai untuk buat,
minta izin ye Ibundoku sayanggg.... Amie nak copypaste resepi yang nampak sungguh lazat ni, tak tahan tengok ayam tertonggeng tuH!

K.zai said...

salam pah..
wah x tahan tgk ayam tertonggeng tu...ratah2 mmg sedap ni kan..

Mamasya said...

Aslmkum Bundo

dtg lagi intai ayam bundo yg cekci tu...3 ekor bakar ayam, puas mkn ayam yg sedap ni.samalah kat rumahpun part dada tak laku sgt...anak2 pula suka peha. idea yg bagus bundo buat sos guna air ayam...sy hari tu ambil bhg air ayam yg pekat2 sikit tu siram atas ayam....penambah sedap...

Wana Yusuf said...

salam bundo...
Hari ni selongkar dapur bundo nak cari resepi yg sedap2 terjumpa pulak ayam panggang rosemary ni... lama saya tak buat ayam ni.... seingat saya masa masak dulu rasanya sangatlah marvelessss... thanks sudi cuba resepi tu...

Unknown said...

hye beb kita da try buat ikut resepi u mmg sedap...
tqsm ya

www.jajalee.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...